Thursday, December 2, 2010

MASA UNTUK BERUBAH

Dengan mengambil iktibar daripada maksud ayat Al-Quran, iaitu "Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika dirinya tidak mahu berubah, sama ada ingin menjadi seorang..." kita perlu berubah menjadi seorang yang baik dan berkualiti daripada sebelumnya. Falsafah yang dikemukakan oleh golongan politikus misalnya, kini ialah "Masa Untuk Berubah", adalah rangkuman daripada frasa "hari ini perlu lebih baik daripada semalam, dan hari esok perlu lebih baik daripada hari ini, dan..." adalah kata-kata motivasi mahu perangsang yang bermanfaat untuk memajukan diri.


Semangat dan tekad untuk mengubah nasib diri adalah perlu bersesuaian dengan hasrat untuk melahirkan modal insan kelas pertama, insan madani, mahupun manusia yang cemerlang dan gemilang. Gelaran tersebut adalah hak semua manusia, dan terpulang untuk kita sama ada ingin memiliki atau sebaliknya.

Fikir-fikirkanlah!