Thursday, December 2, 2010

BIJAKSANA ATAU BIJAK SINI

Ada dua kata yang membawa konotasi yang mendalam untuk dibahaskan dari aspek semantik, mahupun maksud kata-kata tersebut. Kata yang dimaksudkan ialah bijaksana dan bijak sini. Dalam Kamus Dewan, "bijaksana" bermaksud "berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati, cerdik: Bendahara Paduka Raja itulah dikatakan orang ~;"

Namun kata "bijaksini" tidak ditemukan maksudnya dalam kamus bahasa Melayu. Kata "bijaksini" hanya bermakna jika dihurai menjadi frasa "bijak sini", iaitu yang bermaksud berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati, mahupun cerdik orang-orang di sebelah sini (timur).

Justeru huraian dan maksud dari sudut semantik adalah tepat bagi perkataan "bijak sini" tetapi kata "bijaksana" menetapi konsep ilmu linguistik, tatabahasa, mahupun etimologi kata. Oleh itu, makna untuk kedua-dua frasa ini akan bermakna pada kolokasi penggunaannya oleh penutur.