Thursday, December 31, 2009

SK BUGAYA DALAM KENANGAN

Setelah berkhidmat selama 18 tahun sebagai seorang pendidik, teringin pula rasanya nak menoleh ke belakang untuk menjenguk kembali kisah-kisah lama di daerah Semporna dalam perkhidmatan yang rasanya manis untuk dikenang apatah lagi apabila sehari dua ni bertemu dengan anak-anak didik yang sudah berjaya dan turut serta dalam bidang pendidikan menjadi seorang guru.

Sebagai seorang guru, tentulah hadiah yang paling istimewa dan berharga bagi kita ialah apabila melihat anak-anak didik yang pernah kita ajar itu berjaya dan membuahkan hasil sebagaimana yang kita pesan suatu masa dahulu. Begitulah juga kisahnya pada saya 18 tahun dulu, barangkalinya Cikgu Hjh Erommanis, Cikgu Harijah, Tn. Hj. Masaudah, dan lain-lainnya berasa bangga apabila melihat anak didik mereka berjaya, apabila saya melapor diri di SK. Bugaya pada tarikh 1 Disember 1991 sebagai guru sandaran terlatih setelah tamat latihan di Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang.

Saya masih ingat pada masa itu, pada usia 21 tahun menjadi seorang pendidik agak tercabar juga dengan saiz badan anak-anak didik yang hampir sebaya dengan saya seperti adik Abdul Mispal, dan adik Husir Salip Besar dan kini sudah bergelar guru di Semporna.

Wednesday, December 30, 2009

TAHUN BARU

Apabila tiba tahun baru, setiap individu daripada kita tidak kira tua atau pun muda akan menetapkan sasaran dalam dirinya untuk menempoh peralihan tersebut dengan harapan akan ada transformasi dalam rekod mahu pun pencapaian untuk penambahbaikan tingkah laku masing-masing walaupun pada hakikatnya azam tersebut sewajarnya dilakukan pada bila-bila masa tanpa menunggu begitu lama tahun baru untuk melakukan angin perubahan pada diri.

Walaupun sebenarnya membina azam pada tahun baru tidak salah, sebagai KPI atau NKRA diri pada tahun tersebut namun langkah demikian seolah-olahnya gagal memanfaatkan amalan REFLEKSI atau MUHASABAH dalam tindakan pada setiap hari. Agaknya kita sebagai insan sewajarnya menjadikan "hari ini lebih baik dari semalam" dalam perhitungan tingkah laku demi memastikan kejayaan dalam kehidupan. Justeru nasihat para ulama mahupun cendikiawan agar setiap orang daripada kita menghitung kembali, menilai kemungkinan perkara yang kita lakukan setiap masa menjadi roh kehidupan agar kita berada pada landasan yang sebenarnya.

Namun jika kita berazam pada tahun baru ini untuk memulakan satu daripada seribu langkah yang murni seterusnya untuk menempah kejayaan dalam diri agak relevan dengan konsep NAWAITU yang disyorkan oleh para ulama dalam pandangan agamawan.Dengan mengambil iktibar daripada konsep NIAT, mudah-mudahan azam tersebut memperkukuh dan memperkasa diri dalam kelangsungan bermasyarakat.

Misalnya seorang penulis yang ingin menghasilkan sebuah buku dalam setahun, secara logiknya jika dihitung kira, apabila menulis selembar muka surat sehari, dalam tempoh 365 hari itu, penulis tersebut telah dapat menghasilkan 365 halaman yang kira-kiranya mencukupi untuk membuat sebuah buku yang kecil. Bayangkan jika disiplin itu dikekalkan dengan menghasilkan 3 atau 5 muka surat sehari, sudah tentu sebuah novel dan beberapa buah cerpen boleh dihasilkan oleh penulis berkenaan.


Begitulah juga analoginya apabila kita melatih seorang atlet, dengan disiplin dan jadual latihan yang terancang, sudah tentu ada perubahan tingkah laku sebagaimana yang ditegaskan dalam Teori Behaviorisme bahawa perubahan tingkah laku akan berubah apabila adanya latihan yang berulang-ulang, apatah lagi dengan dukungan faktor-faktor yang lain seperti keadaan fizikal, mentaliti dan seumpamanya.

Dalam konteks diri, kita akan berazam untuk meningkatkan amalan diri dalam hal-hal keagamaan (berhubung dengan rukun iman dan rukun Islam); kualiti rumah tangga; kualiti kerja; pengurusan masa dan pengurusan diri. Mudah-mudahan NKRA yang kita canangkan itu memperoleh kejayaan.

Wallahualam.

Tuesday, December 29, 2009

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG, KPM 2009

Majlis Anugerah Sekolah Cemerlang, Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2009 berlangsung di Universiti Putra Malaysia, Serdang yang telah berlangsung telah memilih 6 sekolah dari Negeri Sabah yang berjaya menerima Anugerah Sekolah Cemerlang dalam kategori sekolah masing-masing iaitu;


i. SMK Tawau - Sekolah Menegah Harian Bandar
ii. SK Taman Rimba Sandakan - Sekolah Rendah Harian Bandar
iii. SM St. Micheal, Penampang - Sekolah Menengah Harian Luar Bandar
iv. SMK Badin, Tuaran - Sekolah Menengah Harian Berasrama Luar Bandar
v. SMK Balung, Tawau - Sekolah Menengah Harian Berasrama Luar Bandar
vi. SK Singgah Manis, Kinabatangan - Sekolah Rendah kategori Sekolah Kurang Murid

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah mengucapkan tahniah atas usaha dan kejayaan yang telah dicapai oleh warga sekolah.

Ditulis oleh Sektor Jaminan Kualiti

Sumber: Laman Web JPNS

Tuesday, November 3, 2009

PEMILIHAN DAN PENYESUAIAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA

RENCANA DIPETIK DARIPADA: PELITA BRUNEI; SASTERA DAN BUDAYA

Penyampaian pengajaran yang berkesan dan menarik memerlukan gabungan beberapa komponen yang berkaitan seperti pendekatan, kaedah, teknik dan sebagainya. Ringkasnya, guru perlu menyediakan perancangan yang kemas, tersusun dan rapi. Selain itu penggunaan bahan pengajaran juga adalah penting.

Apa dia bahan pengajaran? Bahan pengajaran ialah perisian yang boleh digunakan oleh guru secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penggunaan bahan pengajaran adalah untuk mengekalkan penumpuan para pelajar sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung, di samping memudahkan guru untuk menyampaikan pengajaran mereka.

Apabila kita memperkatakan tentang bahan pengajaran, apa yang kita ketahui, lazimnya guru-guru sering menggunakan bahan-bahan daripada buku-buku teks yang sedia ada daripada Kementerian Pendidikan. Melihat dari segi logika, bahan-bahan pengajaran sepatutnya tidak hanya tertumpu kepada buku-buku teks sahaja, malahan terdapat pelbagai jenis peralatan atau sumber yang lebih baik dan boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.

Terdapat dua jenis peralatan yang boleh digunakan iaitu bahan pengajaran berbentuk elektronik dan bahan pengajaran yang bukan elektronik. Contoh bagi bahan pengajaran elektronik ialah seperti radio, televisyen, slaid, video dan yang seumpamanya. Bahan pengajaran yang bukan elektronik pula ialah seperti model hidup, gambar, carta dan seumpamanya.

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak membantu sahaja, tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan. Hal ini ada ditegaskan oleh Elly, D.P. dan Gerlach, V.S. (di dalam Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997 : 293):

"The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it."

PROSES PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN

Pada perenggan terakhir penulis ada menyatakan bahawa guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan pengajaran yang digunakan agar menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan. Bagaimanakah guru perlu mengolah bahan-bahan tersebut? Berikut adalah penerangan tentang proses pembinaan dan penggunaan bahan-bahan pengajaran tersebut.

Bermula daripada proses pemilihan bahan-bahan pengajaran, proses ini tidak boleh dianggap mudah kerana ia melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian bahan agar bahan-bahan yang dipilih sesuai dengan objektif pengajaran yang hendak dicapai dan selaras dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kerja-kerja pengubahsuaian tersebut terbahagi kepada lima peringkat iaitu proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan terakhir iaitu proses menilai bahan. Kesemua proses ini merupakan proses yang berterusan dan harus dilakukan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Secara ringkasnya kelima-lima peringkat proses pengubahsuaian ini dapat dilihat melalui Rajah 1:

PROSES MEMILIH BAHAN PENGAJARAN

Proses memilih bahan-bahan pengajaran sebaik-baiknya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif, struktural dan kemahiran. Perspektif komunikatif menekankan kepentingan pembelajaran melalui penggunaan bahasa yang membolehkan para pelajar berinteraksi sesama sendiri atau dengan guru secara kerap dalam situasi yang 'natural'.

Perspektif struktural pula menekankan persembahan atau latihan asas struktur bahasa yang membolehkan para pelajar menggunakan tatabahasa dengan betul. Manakala perspektif kemahiran pula menekankan empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan kemahiran menulis.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip umum yang perlu dititikberatkan juga bagi membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan pengajaran mereka. Antara prinsip-prinsip umum pemilihan bahan pengajaran ialah:

a. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran. Seboleh-bolehnya sebelum guru memilih bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu menentukan objektif pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih dahulu, agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

b. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaran. Ketiga-tiga aspek ini perlu ditekankan sama rata. Bahan pengajaran yang baik tidak hanya menekankan kepada aspek bahasa dan penggunaannya sahaja, malah perlu mengambil kira perkembangan para pelajar melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang dipilih. Memandangkan proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusat kepada pelajar (student oriented), guru perlu lebih peka terhadap situasi pelajar dan bukan hanya mementingkan aspek pengajaran semata-mata.

c. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif. Guru perlu mengambil kira kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kepada para pelajar dan kepentingan mereka mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat latihan yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat.
d. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara ialah untuk melahirkan individu yang berpengetahuan selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

e. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah mengikut peredaran zaman ataupun keadaan semasa. Guru tidak boleh hanya menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lepas tetapi perlu ada pembaharuan kerana pelajar lebih cenderung kepada sesuatu yang baru.

f. Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar. Contohnya, bahan-bahan pengajaran yang senang kepada yang lebih susah, bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan yang seumpamanya.

PROSES MENGOLAH BAHAN PENGAJARAN

Proses mengolah bahan bermaksud membuat adaptasi, perubahan, dengan membaikpulihkan isi dan keadaan bahan pengajaran sebelum bahan tersebut digunakan. Melalui proses ini, aspek-aspek yang kurang difahami akan diperjelaskan, perkara-perkara yang kurang penting akan digugurkan atau dibuangkan dan sekiranya terdapat hal-hal yang tidak lengkap akan ditambahkan. Proses ini memerlukan guru-guru untuk memberikan perhatian terhadap beberapa perkara berikut:

a. Inspirasi dan kreativiti

Bahan-bahan yang digunakan boleh memberikan galakan kepada pelajar untuk mencetuskan idea-idea yang kreatif dan bernas.

b. Menjadikan dialog bersifat komunikatif

Sekiranya bahan yang digunakan mengandungi dialog, guru perlulah menjadikan dialog tersebut bersifat komunikatif iaitu penggunaan bahasa yang betul dan membolehkan pelajar berinteraksi sesama sendiri, di samping menguasai kecekapan berbahasa.
c. Menjadikan aktiviti pembelajaran relevan dan berguna
Bahan-bahan pengajaran perlu disesuaikan supaya berkaitan dengan objektif pembelajaran, berfaedah dan dapat diaplikasikan oleh pelajar apabila pelajar menguasainya.

d. Memberikan contoh yang praktikal

Bahan-bahan pengajaran sebaik-baiknya mengandungi contoh-contoh yang praktikal yang boleh mempercepatkan kefahaman pelajar, di samping mereka dapat menyesuaikannya dengan situasi sebenar.

e. Memenuhi keperluan pelajar

Bahan-bahan pengajaran yang digunakan sebaik-baiknya dapat memenuhi keperluan para pelajar sama ada dari segi luaran (contohnya: dapat membantu pelajar dalam kerjaya mereka kelak) dan dari segi psikologi (contohnya: minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya).

PROSES PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN

Peringkat seterusnya ialah peringkat pembinaan bahan-bahan pengajaran. Setelah guru selesai memilih dan mengolah bahan-bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu memberikan penekanan terhadap beberapa aspek yang berkaitan dengan pembinaan bahan-bahan pengajaran. Antaranya adalah seperti beriku t:

a. Bentuk dan fungsi

Apa dia bentuk-bentuk bahasa? Bentuk-bentuk bahasa merujuk kepada fonologi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan wacana. Manakala fungsi pula merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Oleh yang demikian, bahan-bahan pengajaran perlulah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa kerana ia dapat menyatakan maksud dan fungsi. Tanpa bentuk-bentuk komunikasi, verbal tidak akan berlaku. Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian untuk membolehkan pelajar mengenal dan menggunakan bahasa dengan betul.

b. Ketepatan

Ketepatan di sini merujuk kepada ketepatan bahasa yang digunakan, terutama sekali yang berhubung dengan fungsi dan konteks sosial. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat menerapkan situasi sosial dan kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika itu.

c. Kepelbagaian

Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Pengetahuan pelajar terhadap variasi-variasi bahasa membolehkan pelajar memilih variasi yang bersesuai dengan konteks dan situasi yang tertentu.

d. Kemahiran bahasa

Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran mendengar dan membaca dan kemahiran pada aras pelahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur. Keempat-empat kemahiran ini perlu dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang demikian, kesemua kemahiran ini perlu digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih berkesan.

PROSES PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN

Bagi mencapai satu tahap penggunaan bahan-bahan pengajaran yang berkesan, guru perlu memastikan bahan-bahan tersebut benar-benar berfaedah, bermanfaat dan dapat memenuhi matlamat yang hendak dicapai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berikut terdapat beberapa persoalan (penulis hanya menyenaraikan tiga sahaja) yang timbul dalam penggunaan bahan-bahan pengajaran, iaitu:

a. Adakah bahan-bahan pengajaran yang digunakan itu memenuhi keperluan deria para pelajar?
b. Sejauh manakah penggunaannya dapat memenuhi situasi dan pembelajaran pelajar?
c. Adakah penggunaannya sesuai dengan bentuk atau perkara-perkara yang hendak diajarkan?

PROSES PENILAIAN BAHAN PENGAJARAN

Proses menilai bahan-bahan pengajaran merupakan proses yang terakhir untuk dilaksanakan sebelum menggunakan bahan-bahan pengajaran. Proses ini tidak perlu dilakukan secara profesional, memadailah sekiranya guru menyediakan senarai semak untuk membuat penilaian terhadap bahan-bahan tersebut untuk mendapat gambaran secara keseluruhan tentang bahan-bahan pengajaran tersebut.

Berikut adalah contoh senarai semak yang diandaikan dapat membantu guru menilai bahan-bahan pengajaran yang hendak digunakan:

a. Nyatakan objektif-objektif bahan-bahan pengajaran secara ringkas;
b. Nyatakan kekuatan-kekuatan bahan pengajaran;
c. Berikan perhatian pada kelemahan-kelemahan dan kekurangan yang tertinggal pada bahan pengajaran;
d. Bandingkan bahan pengajaran tersebut dengan bahan-bahan yang telah dinilai dan
e. Buatkan satu kesimpulan umum mengenai bahan-bahan pengajaran tersebut.

KESIMPULAN

Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua bahan-bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

BIBLIOGRAFI

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 2. (Ketrampilan Bahasa). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd (1999). Pengajian Melayu 5 dan 6. (Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber Budaya dan Masyarakat Malaysia). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS. Professional Publishing Sdn. Bhd.

ALIRAN BEHAVIORISME


PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAH ALIRAN BEHAVIORISME

Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan bahasa dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.

Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan.

Ini kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai system bahasa dan struktur bahasa.

Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Untuk membentuk kebiasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.
Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.

Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut dari berasa bosan.

Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :
Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.
Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu.
Keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsure ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru da murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan. Pendekatan induktif menggunakan model: Contoh ???? Generalisasi

Saturday, October 31, 2009

TEORI FUNGSIONAL

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.

a.bahasa yang digunakan mestilah bahasa standard yang diterima oleh masyarakat dan penutur jati.
b.adalah bahasa yang digunakan mestilah bahasa standard yang diterima oleh masyarakat dan penutur jati.
c.bahan-bahan pengajaran hendaklah dipilih, disusun, dikawal dan dipertingkatkan.
d.penguasaan kemahiran bahasa haruslah mengikut susunan, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis
e.aktiviti-aktiviti pengajaran-pengajaran yang menarik dan bermakna hendaklah diadakan
f.mengadakan rancangan pelajaran yang kemas dan teratur

Pelaksanaan teori dalam pengajaran

Menurut aliran ini bahasa yang digunakan mestilah bahasa standard yang diterima oleh masyarakat dan penutur jati. Bahasa yang baik, betul dan tepat hendaklah digunakan oleh guru-guru bahasa sewaktu menyampaikan pengajaran mereka. Ia juga boleh diterima oleh masyarakat dan penutur jati bahasa itu. Bahasa itu juga mestilah standard. Selain itu, perkataan dan ayat mestilah mempunyai urutan yang baik dan tidak janggal kepada pendengar atau penutur jati bahasa itu.
Selain itu pengajaran bahasa haruslah berdasarkan pendekatan lisan. Pengajaran lisan penting dalam pengajaran bahasa kerana ia bersesuaian dengan proses semula jadi kanak-kanak. Mengikut Awang Mohammad Amin (Kamarudin, 2001:56) mengatakan dalam proses penguasaan pertama, seorang anak memperoleh kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur adalah daripada orang-orang yang hampir dengan kehidupannya seperti ibu bapa dan kaum keluarga atau penjaganya.
Perkara kedua penting ialah kerana lisan adalah lebih senang dikuasai daripada perkara-perkara lain yang dipelajari. Selain itu, kemahiran lisan adalah punca kepada segala kemahiran yang lain. Ini bermakna kemahiran mendengar dan bertuutur adalah asas kepada kemahiran menulis dan membaca.

Bahan-bahan pengajaran hendaklah dipilih, disusun, dikawal dan dipertingkatkan.

(a) Pemilihan bahan-bahan pengajaran
Pemilihan bahan-bahan pengajaran adalah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan iaitu yang sesuai untuk pengajaran bahasa. Pemilihan dipengaruhi oleh tujuan dan guna serta tingkat pencapaian pelajar-pelajar itu.

(b) Penyusunan bahan-bahan pengajaran
Bahan-bahan pengajaran harus disusun supaya perkembangannya maju iaitu secara beransur-ansur dengan tertib dari peringkat awal hingga peringkat akhir. Susunan bahan-bahan pengajaran dapat mengelakkan pengajaran berlaku secara kucar-kacir.

(c) Kawalan bahan-bahan pengajaran
Ini adalah bertujuan supaya bahan-bahan pelajaran bahasa dapat disampaikan secara berseimbangan. Ini bermakna guru harus dapat mengawal masa dan bahan-bahan yang hendak disampaikan sesuai dengan satu-satu waktu mengajar yang ditentukan.

(d) Pemeringkatan bahan-bahan pengajaran
Bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikan itu seharusnya dirancangkan terleih dahulu kerana dari segi latar belakang keluarga, pengalaman, kecenderungan dan kebolehan pelajar-pelajar adalah berbeza. Selain daripada pemilihan dan susunan yang dilakukan, bahan-bahan itu juga perlu diperingkat-peringkatkan mengikut kesesuaian.
Selain itu, penguasaan kemahiran bahasa haruslah mengikut susunan, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Mengikut prinsip ini, mendengar dan bertutur perlu diajar terlebih dahulu dan kemudian baharulah membaca dan menulis. Oleh itu sebutan guru itu hendaklah jelas dan terang iaitu menjadi contoh yang baik bagi murid-murid. Sebutan yang betul akan terbawa kepada bacaan yang mengikut ciri-ciri prosodinya dan seterusnya bahan bacaan ini akan dirakamkan ke dalam bentuk tulisan. Prinsip ini menekankan bahawa tiap-tiap satu kemahiran itu harus dilakukan mengikut susunan, iaitu satu kemahiran disusuli dengan kemahiran yang satu lagi.
Aktiviti-aktiviti pengajaran-pengajaran yang menarik dan bermakna hendaklah diadakan oleh guru. Aktiviti-aktiviti yang menarik dan bermakna adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai menarik minat murid-murid untuk menumpukan separuh perhatian pengajaran guru itu. Jadi guru mestilah aktif dan
Menggunakan alat-alat Bantu mengajar yang sesuai supaya murid-murid tidak berasa bosan. Manakala kesesuaian pemilihan bahan-bahan pengajaran, pengendalian yang terancang penggunaan kaedah dan teknik yang selaras, kesesuaian aktiviti serta interaksi guru dan murid yang baik akan mewujudkan satu suasana yang baik dan menarik.

Guru perlulah mengadakan rancangan pelajaran yang kemas dan teratur. Kewajipan guru adalah menyusun rancangan pelajaran dengan baik untuk digunakan dalam jangka masa setahun. Rancangan pelajaran itu mesti disusun dengan teliti dan hati-hati.
Guru juga seharusnya mengadakan suasana belajar yang baik dan berkesan. Guru harus boleh mewujudkan satu suasana yang baik. Pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan licin dan hasilnya

ASPEK-ASPEK PENTING DALAM SASTERA

Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).

Persoalan bermaksud perkara-perkara atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.
Watak dan Perwatakan

Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung oleh pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak -watak berkenaan. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bulat, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu. Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini me nuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan. Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestiny a orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.

1 OKTOBER

Tarikh 1 Oktober setiap tahun adalah tarikh yang cukup bermakna dalam perkhidmatan saya lantaran tarikh berkenaan ialah tarikh penempatan saya sebagai seorang pensyarah di IPGM.

Justeru, setelah membuat refleksi ketika berada di IPGM dapatlah saya rumuskan beberapa perkara yang menjadi kekuatan IPGM berbanding dengan sekolah seperti berikut:

1. Amat mementingkan pendokumentasian dalam setiap perkara untuk memenuhi keperluan ISO, SGM, dan MQA. Hal ini penting untuk menyemai sikap disiplin yang tinggi dalam kalangan warganya.

2. Mempunyai daya lentur (fleksebility) utk memperkembang daya kreativiti dan inovasi pensyarah.

3. Keterbukaan dalam mencorak masa bekerja pensyarah (walaupun bekerja mengikut waktu pejabat)

4. Latihan perkembangan staf yang berterusan.

5. Bertindak dan berfikir sepanjang masa untuk meningkatkan kualiti kerja.

Wednesday, October 28, 2009

DI CAFE KENT



Si petang di Cafe Kent dapat menghilangkan rasa stress dengan tugasan yang berlambak, dengan pembentangan, malah dengan percambahan minda yang pelbagai. Rasa seronok apabila bersama-sama rakan yang saling memberi kelangsungan penambahbaikan dalam pelbagai isu yang pelbagai. Sesi motivasi yang berterusan dalam kalangan rakan amat bermakna untuk kita meneroka tindakan yang matang pada masa akan datang.

Thursday, October 1, 2009

KEUTUHAN WACANA

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keutuhan wacana penulisan esei pelajar-pelajar PPISMP Pemulihan. Oleh sebab wacana saling berkaitan dengan kajian makna, aspek keutuhan wacana penting dalam menentukan mesej atau maklumat yang ingin disampaikan oleh penulis. Di IPGM, disiplin ilmu wacana yang berkesan dalam penulisan terutamanya penanda wacana, bertautan, dan mempunyai runtutan kurang diberi perhatian oleh pelajar sehingga pewacana gagal untuk menyampaikan maklumat sebenar. Sehubungan dengan itu, pengkaji membuat kajian terhadap 17 orang pelajar-pelajar PPISMP Pemulihan IPGM Kampus Kent dengan menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan instrumen analisis teks untuk mengenal pasti keutuhan wacananya. Hasil kajian mendapati daripada 17 esei responden yang dianalisis, pengkaji telah berjaya menemukan keutuhan wacana yang berkesan dalam kalangan respondennya.

Tuesday, September 29, 2009

INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PANTUN MELAYU

Aplikasi strategi berpusatkan pelajar dan bahan ini merupakan suatu inovasi dengan memperkenalkan teknik baru untuk mengajarkan pantun Melayu. Walaupun teknik tersebut terdapat dalam Kesusasteraan Melayu namun pengaplikasiannya dalam pantun Melayu sebelum ini tidak pernah dilakukan, justeru penggunaanya dalam pengajaran dan pembelajaran pantun Melayu dapatlah dikatakan sebagai suatu deviasi dan inovasi. Malah idea ini menerapkan penggabungjalinan pelbagai ilmu, khususnya ICT, seni budaya, muzik, di samping teras kebahasaan yang menjadi akar dan tunjang pembelajaran. Justeru aspek kebahasaan dipertegas menerusi pengucapan membaca pantun yang betul dengan menitikberatkan sebutan, nada, intonasi, jeda, dan gaya kepada kumpulan sasar. Dengan menggarap kandungan pengetahuan pantun Melayu yang komprehensif, satu set latihan membina pantun berinovasi digunakan untuk mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, di samping soal selidik kepuasan pelanggan dijadikan instrumen menilai keafektifan pembelajaran. Kesepaduan inovasi dari sudut kandungan, kreativiti, pengaplikasian, kos, dan tempoh masa benar-benar meletakkan pantun Melayu di benak rasa khalayak.

Saturday, September 12, 2009

12 September, 2009 21:46 PM

Asrama Prasekolah Pertama Negara Di Semporna



SEMPORNA, 12 Sept (Bernama) -- Sebuah asrama pendidikan prasekolah bernilai RM2 juta untuk menempatkan murid miskin dari pulau-pulau sekitar Semporna akan dibina tahun depan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata apabila siap kelak, asrama berkenaan yang pertama seumpamanya di negara ini, akan menempatkan sehingga 80 murid prasekolah pada satu-satu masa.

"Penyediaan kemudahan asrama berkenaan adalah salah satu usaha bagi menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak pulau ini supaya mereka memperolehi pendidikan seperti rakan mereka di bandar.

"Kita tahu ramai ibu bapa sukar menghantar anak-anak mereka ke prasekolah kerana ada pulau yang agak jauh dan perlu menaiki bot serta mengambil masa agak lama untuk keluar dari pulau berkenaan.

"Untuk memudahkan anak-anak mereka mendapat pendidikan prasekolah, kita bina asrama ini yang bernilai RM2 juta. Kita melihat di sini ada keperluannya. Insya-Allah di tempat-tempat lain juga kita akan lihat sama ada wujud keperluannya, namun ini juga perlu diimbangi dengan kemampuan kita dari segi kewangan," katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada 175 ketua isi rumah miskin tegar melalui Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) peringkat Daerah Semporna di sini pada hari Sabtu.

Menurutnya, asrama berkenaan akan berfungsi seperti asrama biasa dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti makanan, kemudahan pembelajaran serta kemudahan tuisyen kepada penghuninya.

Katanya ibu bapa murid yang ditempatkan di asrama yang dilengkapi dengan penjaga berkenaan, digalakan melawat anak-anak mereka setiap minggu untuk mengetahui perkembangan anak masing-masing.

Shafie juga berkata Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang terletak di bawah kementeriannya akan mewujudkan Pusat Infodesa di Semporna bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak luar bandar terhadap Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Katanya kos pembinaan pusat yang bakal dibekalkan dengan 25 unit komputer itu ialah sebanyak RM1 juta dan apabila beroperasi kelak, ia akan memudahkan kanak-kanak luar bandar untuk mengakses dengan kemudahan berkenaan.

Mengenai PTMS, Shafie berkata ia merupakan satu program untuk membekalkan makanan berzat kepada kanak-kanak luar bandar yang ibu bapa mereka terdiri daripada golongan miskin tegar.

Katanya di Sabah, kementeriananya memperuntukan RM1.9 juta tahun ini untuk membekalkan makanan berzat kepada 2,775 penerima yang layak.

-- BERNAMA

Monday, August 31, 2009

TUAH BADAN VS KECEMERLANGAN

Banyak orang bertanya kepada saya apa bezanya antara tugas seorang pensyarah dengan tugas seorang guru biasa. Secara jujurnya saya mengatakan kepada rakan-rakan yang bertanya kepada saya bahawa antara kedua-dua tugas tersebut tentulah ada perbezaan, walaupun pada asasnya mempunyai persamaan mengajar.

Sering juga ditanyakan kepada saya persoalan, apakah gred atau pangkat seorang guru akan berubah apabila menjawat jawatan tersebut, ikhlasnya saya mengatakan tiada.

Realitinya begitu, tetapi berdasarkan pengalaman saya berada di IPGM, laluan saya begitu cepat empat tahun daripada yang sebenar. Rakan-rakan senior saya di universiti hatta di sekolah lama dahulu masih berada di gred yang lama. Bukanlah bercakap besar, mahupun ingin berlagak sombong pada bulan Ramadan yang mulia ini, tetapi saya amat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh di IPGM, yang saya kira-kira berbaloi dengan pengorbanan saya selama ini.

Antara persoalan lain yang selalu ditanyakan kepada saya adalah; yang mana lebih susah antara pensyarah dengan guru, yang mana seronok, yang mana sibuk, yang mana senang mengajar, yang mana relax, yang mana banyak kursus, yang mana banyak claim, apa keistimewaan menjadi seorang pensyarah? Dan lain-lain keuntungan yang diperoleh oleh rakan-rakan yang bertanya jika mereka memilih opsyen yang sama seperti saya.

Atas kesedaran diri, saya berfikiran kita harus bermula dengan NAWAITU yang tulus dan ikhlas dalam menjalankan sesuatu tanggungjawab tanpa mengharapkan apa-apa keberuntungan yang diperoleh daripada apa yang kita lakukan. Sebagai insan, kita perlu senantiasa membuat penambahbaikan terhadap tugas dan diri; berusaha meningkatkan keilmuan, pengetahuan, maklumat, dan personaliti diri agar relevan dengan keperluan semasa. Hari ini bukanlah lagi berdasarkan TUAH BADAN, tetapi BUDAYA KECEMERLANGAN menjadi tunggak utama prestasi seseorang.

Wallahu alam.

30 Ogos 2009/1133pm.

Saturday, August 22, 2009

PENGACARAAN MAJLIS

Ada dua situasi yang berbeda dalam mengacarakan majlis, pertamanya pengacara bersedia dengan skrip pengacaraan yang telah disediakan berminggu-minggu lamanya, dan keduanya pengacara mengacarakan secara santai dan bersahaja.

Secara jujurnya, saya amat tertarik dengan situasi yang kedua lantaran tidak begitu tertekan dengan cara itu. Namun situasi yang kedua ini dikatakan tidak berapa sesuai untuk majlis-majlis rasmi. Berbanding dengan situasi yang pertama yang dianggap sebagai profesional walaupun melihat teks ataupun skrip lantaran kebarangkalian kesalahan dalam pengucapan yang agak kecil.

Situasi kedua sering berlaku perulangan dalam pemilihan frasa mahupun bait kata yang diucapkan, dikatakan tidaklah dianggap sebagai kesalahan lantaran sifatnya yang santai malah sifatnya pengacara berbicara untuk menarik audien. Dalam hal ini,pengalaman banyak membantu kita menyusun mahupun mengatur bait bicara, kata-kata untuk diumumkan kepada audien.

Benarlah orang kata "alah bisa tegal biasa" banyak membantu diri kita sebagai pengacara untuk mengolah dan mengurus sesuatu majlis. Sepanjang terlibat sebagai pengacara majlis ini, kita perlu bijak mengawal dan membahasakan diri untuk mencorakkan majlis agar hasrat kita tercapai, dan kepuasan diperoleh dalam bidang yang diceburi.

RAMADAN AL-MUBARAK



Sesekali merenung jauh-jauh Ramadhan al-Mubarak yang hadir kali ini begitu bermakna dalam hidup saya, bukan sahaja bulan mulia tetapi hadirnya saya bersyukur dengan kelahiran PUTERA saya yang kedua, dan anak yang keempat. Tarikh 21 Ogos 2009 terpahat dalam memoir keluarga saya yang penuh bermakna. Walaupun saya berjauhan lantaran tugas tetapi RINDUNYA saya pada anak-anak dan isteri TERSAYANG begitu menggamit.

Thursday, August 20, 2009

FIKIR-FIKIR UNTUK BERUBAH

TITIAN PERJALANAN DALAM KEHIDUPAN
Oleh: ARBAA TAMPUNG

Setiap insan ada peluang dan ruang untuk memajukan diri ke arah mana yang harus dituju. Justeru itu, dalam usaha menggilap potensi diri, membina kualiti diri dan seterusnya menjelmakan modal insan diri yang merangkumi nilai – nilai positif yang sesuai dengan hidup dalam konteks bermasyarakat, kita seharusnya berpegang kepada konsep tidak mudah dipengaruhi oleh pelbagai media dan persekitaran tetapi kita seharusnya dipengaruhi oleh pemikiran kita. Ke arah mana yang harus kita tuju? Objektif dan matlamat apa yang sewajarnya kita usahakan hari ini untuk hasilan pada hari – hari mendatang?

Pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi minda dan kerangka pemikiran kita sebagai hamba ALLAH, misalnya media arus perdana yang berbentuk media massa dan media elektronik tetapi untuk melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat, proses penyaringan dan penapisan maklumat harus berlaku dan kita harus berpegang teguh kepada disiplin ilmu bahawa bukan semua maklumat adalah betul dan tepat. Kita seharusnya berfikir dengan penuh teliti, membuat pertimbangan yang wajar bahawa untuk berjaya dan cemerlang dalam proses kehidupan kita dipengaruhi oleh pemikiran kita. Susah dan senang, berjaya dan gagal dalam cita – cita yang diinginkan bergantung pada tahap pemikiran kita. Kecemerlangan bermula daripada pemikiran kita.

Dalam proses kehidupan, keperluan dan kehendak insan adalah berbeza. Ada insan yang inginkan kemantapan ekonomi, ada insan yang perlukan jawatan yang hebat dalam sektor awan dan swasta dan ada juga insan yang ingin memiliki keseimbangan hidup dalam pelbagai aspek. Maknanya kita berfikir ke arah mana harus hidup ini hendak dituju. Sesuatu kejayaan dan kecemerlangan hanya boleh diukur oleh insan tertentu.

Saya hidup di dunia yang sementara, yang dipinjamkan oleh ALLAH kepada saya untuk mengenal diri, muhasabah diri tentang apakah tujuan sebenar hidup saya?saya memilih jalan untuk menggunakan potensi yang ada, berusaha sedaya upaya untuk keseimbangan kerjaya dalam profesion keguruan, kebahagian dan kedamaian rumahtangga dan seterusnya pembinaan akhlak dan kecemerlangan anak – anak sama ada dalam aspek agama mahupun akademik. Sebagai hamba ALLAH, saya bukan sahaja penyampai pedagogi dalam konteks profesion saya tetapi saya juga mempunyai tugas dan peranan untuk memelihara dan mengukuhkan keluarga bahagia di samping mentarbiah anak – anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah yang paksinya mengenal ALLAH, mencintai ibu bapa dan menyangi masyarakat serta memberi sumbangan yang bermakna pada pembangunan Negara. Akhirnya bukan mudah untuk bercakap melakukan tugas tersebut ,tetapi sikap, usaha dan tanggungjawab adalah eleman penting yang saya jelmakan dalam tindakan saya. Di samping faham dan tahu ertikata mendidik, membimbing, dan penyampai disiplin ilmu, saya juga komited dengan tugas dan peranan sebagai penasihat, pencetus motivasi dalam kalangan anak, kaunselor dan role model dalam konteks keluarga bahagia.

BEVERLY HOTEL KOTA KINABALU



Dengan tajuk yang sama, sekali lagi ramuan penyelidikan dihidangkan kepada kami pensyarah IPGM Kampus Kent. Tetapi penyampai ramuan itu adalah berbeza dengan tahun lalu (2008) untuk membicarakan tajuk yang sama. Sebagai orang akademik tentulah kursus mahupun bengkel seperti ini amat bermakna lantaran dapat memperkukuh kefahaman diri tentang bidang penyelidikan.

Dalam hal ini, bengkel penulisan yang dianjurkan lebih kepada perkongsian ilmu untuk memperkasa pengetahuan diri. Justeru manfaat di sebalik perkongsian ini akan digarap dalam bentuk penulisan ilmiah bagi merungkai permasalahan demi menemukan jalan penyelesaian terhadap situasi pelajar.

Tuesday, August 18, 2009

BUDAYA KENDURI ARWAH

Lazimnya apabila hampir bulan Ramadhan, masyarakat Bajau Semporna akan melaksanakan kenduri arwah (mag'aruwah)untuk mendoakan kaum keluarga yang telah kembali ke rahmahtullah. Budaya kenduri arwah dalam kalangan masyarakat Bajau Semporna dengan niat dan nawaitu memberi makan kepada arwah-arwah yang telah pergi buat selama-lamanya.

SUKA DALAM DERITA


Pemuda yang bekerja di Car Wash selama lebih kurang 10 jam sehari ini hanya dibayar RM180 sebulan.

SERIBU WAJAH


Agak sedih juga dengan gelagat beberapa orang pekerja Car Wash di salah sebuah tempat di daerah Semporna, yang agak terkejut dengan capaian komputer riba saya menggunakan broadband untuk melayarai internet. Saya sempat merakam wajah-wajah mereka yang gembira untuk dimuatkan dalam blog ini.

ANAK-ANAK KESAYANGAN HAMBA


Muhammad Khalil Khusairi
Najla Khairani
Najwa Khairin

Thursday, August 6, 2009

TOKOH GURU DAERAH SEMPORNA TAHUN 2009

Tokoh guru pada tahun ini dilahirkan pada 26 Mei 1941 di Pulau Denawan, Semporna, Sabah. Anak bongsu daripada 3 orang adik-beradik ini memulakan zaman persekolahannya di Government School Denawan Semporna pada 1 September 1956 hingga tamat darjah 6 pada 13 Februari 1961. Kesungguhan dan cinta beliau dalam bidang pendidikan tidak terhenti begitu sahaja, pada tahun 1971 beliau telah mengikuti darjah pelajaran lanjutan hingga lulus Sijil Pelajaran Rendah. Pencapaian ini membolehkan beliau mendapatkan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan.

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang perguruan apabila ditawarkan bertugas di Native Voluntier School Labuan Senang, Semporna pada 1 Januari 1962 dengan memegang jawatan sebagai Guru Besar. Untuk memantapkan pedagogi keguruan, beliau telah menyambung pengajian selama 6 bulan di Native Voluntary School Training Teacher Center ( NVSTTC ) Tanjung Aru, Jesselton sehingga memperoleh Sijil Lulus North Borneo Department Education setelah menamatkan kursus latihan pada 22 Jun 1963.

Setelah tamat pengajian perguruan, pada 1 Julai 1963 beliau ditempatkan di Native Voluntier School Bugaya, dan kemudian pada tahun 1965 dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Government Primary School Bugaya.

Sepanjang kerjaya beliau dalam bidang pendidikan, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Guru Besar di beberapa buah sekolah di daerah Semporna, antaranya pada Disember 1965 hingga 1969 beliau ditempatkan di SRK Lihak-lihak sebagai guru besar, pada tahun 1970 selama 1 bulan di SRK Pegagau, kemudian pada Januari 1971 selama sebulan, beliau ditugaskan sebagai Guru Besar di SRK Sisipan, dan seterusnya beliau ditempatkan pula ke SRK Kabogan pada tahun yang sama sehingga tahun 1984.

Pencapaian dan khidmat beliau sepanjang perkhidmatan selama ini telah mendorong beliau dinaikkan pangkat ke gred C2 tingkatan khas di SRK Bandar Tawau dengan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan pada Disember 1984.

Kemudian, pada Januari 1988 beliau bertugas semula ke daerah Semporna, iaitu di Pejabat Pelajaran Daerah Semporna sebagai Penyelia Sekolah. Setelah bertugas selama 8 tahun di Pejabat Pelajaran Daerah, beliau bersara wajib pada 20 Februari 1996 (Rujuk Tarikh ini)

Sepanjang perkhidmatan beliau, beliau telah memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1993 dan menerima pingat kebesaran negeri, iaitu pada tahun 1992 beliau dikurnikan pingat Bintang Setia Kinabalu ( BSK ) oleh TYT Sabah Tun hj.Mohd Said Keruak.

Antara sumbangan kemasyarakatan yang beliau ceburi ialah ahli Kesatuan Guru-guru Kerajaan Sabah mulai tahun 1964 hingga sekarang, dan mantan Pengerusi PIBG SMK Agama TUN Sakaran dari tahun 1993 hingga 1996 .

Tokoh Guru yang dimaksudkan ialah Tuan Haji Sarail bin Asaali.

Monday, August 3, 2009

Tuesday, June 23, 2009

ADIK WAWA



Gambar Adik NAJWA KHAIRIN

ABANG BOBOY KAKAK LALA

ANUGERAH PENSYARAH INOVATIF ZON SABAH 2009







Menerima Anugerah Pensyarah Inovatif Zon Sabah 2009
daripada Datuk Normah Gagoh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah

SAMBUTAN HARI GURU NEGERI SABAH 2009



Gambar Kenangan bersama Puan Hajah Masni Madat, Pengarah IPGM Kampus Tawau.

Bersyukur setelah memperoleh Naib Johan Anugerah Pensyarah Inovatif Zon Sabah 2009

Monday, May 25, 2009

BICARA MINDA

Secara tersuratnya, angka dua tidak dapat memberi jawapan yang tepat tentang sesuatu persoalan yang dikemukakan. Namun justifikasi dapat diperoleh daripada angka dua (lawatan) tersebut berdasarkan hujah-hujah yang memperteguh reason berkenaan.

Pada hemah saya, banyak faktor yang menyebabkan kemunduran (pendidikan) sesuatu tempat. Faktor tersebut berkaitan dengan masyarakat(pelajar, ibu bapa), sekolah (guru, pentadbir) dan persekitaran (pengangkutan, jalan raya, bangunan, dan lain-lain)



bersambung...

Saturday, May 23, 2009

4 KATEGORI AHLI MASYARAKAT

CEMERLANG

Mereka menjadikan sesuatu berlaku

TIDAK PEDULI

Mereka Melihat Apa Sedang Berlaku

KELIRU

Mereka Bertanya Apa Sedang Berlaku

PENGACAU

Mereka Tak Mahu Apa-apa Berlaku

SIFAT LUAR BIASA PEKERJA JEPUN

i. Fuguwai (tidak bertolak ansur dengan silap)
ii. Kaizen (penambahbaikan berterusan)
iii. Kerjasama mantap
iv. Kesetiaan unggul
v. Hormat dan santun
vi. Tekun dan komited
vii. Bangga dan syukur dengan pencapaian.

SEVEN HABIT OF HIGH SUCCESFULL PEOPLE

Pro ACTIVE

Begin with the end in mind

Put first think first

Think win-win

Seek first to understand than to be understood.

Synergise

Sharpen the saw
Steven Covey- How to be a star at work

PEKERJA YANG CEMERLANG

“ Bagi membolehkan anda menjadi pekerja cemerlang, anda harus memiliki daya kebolehan yang lebih tinggi daripada kebanyakan pekerja lain dan anda harus bersedia melakukan lebih daripada apa yang orang lain sanggup lakukan “
- Robert E.Kelley : How to be a star at work

“ Excellence is never an accident”

Saturday, May 16, 2009

PERDU BERNYAWA

Dedikasi Untuk Para Guru)


Sekian banyak telah kau hidangkan juadah
Untuk tetamumu jamah kelazatan
Nikmat kehidupan di hari muka

Bermacam menu resepi
Kau cuba galas jejaki di muara ini
Pasangsurutnya umpama madumanisan

Tiada makna kegagalan dalam kamus hidupmu
Biar berombakbadai merawang saujana
Kegetiran lampias yang menimpa

Kau sampang hati anak-anak muda
Dengan butiran kasih-sayang
Menidurkan kegelisahannya semalaman

Kau benihkan kerawang hatinya
Dengan tawaduk keibuan syumul kebapaan
Merenjis kelopaknya nan berputik

Biar hidup subur bak bungaan
Harumannya disenangi dipuji-puja
Perdunya beranting bernyawa

Membias mentari menerangi
Melenakan warganya atas nikmat
Yang kaulimpahkan padanya guruku.

13/05/2009

Wednesday, April 29, 2009

PENSYARAH BERINOVATIF

Rasanya penat juga pada hari ini, setelah hanya tidur tak sampai 2 jam malam tadi kerana tugas, diharap berbaloi jumlah masa itu dengan pencapaian. Inilah percubaan yang benar-benar mencabar diri sebagai seorang pendidik, lantaran tidak berpuas hati dengan hanya kemenangan sebagai Pensyarah Berinovasi peringkat IPGM Kampus Kent bagi tahun 2009. Tentulah diri rasa tercabar apabila bertanding dengan pensyarah lain yang bergelar Dr. peringkat IPGM Zon Sabah, sama ada yang sarat dengan ilmu falsafahnya mahupun dengan tahap keprofesionalismeannya. Namun di sebalik penglibatan ini tentulah sesuatu dapat diperoleh, bukan sahaja nilai tersiratnya tetapi pembinaan nilai kendiri untuk pemantapan nilai keprofesioanalismean sebagai seorang pensyarah. Benarlah percubaan ini menyeronokkan dan meletakkan diri kita dalam kalangan pemikir anak bangsa. Justeru kepuasan terjelma apabila sahaja kita dapat melontarkan idea baru.

Tuesday, April 7, 2009

GUIDED READING

What is Guided Reading?

Guided reading is a strategy that helps students become good readers. The teacher provides support for small groups of readers as they learn to use various reading strategies (context clues, letter and sound relationships, word structure, and so forth). Although guided reading has been traditionally associated with primary grades it can be modified and used successfully in all grade levels. For example, older students may need to learn new strategies to understand how to read an information book in a way that is going to give them access to the information they are seeking.

"In primary grades children are learning to read and in upper grades they are reading to learn." Anonymous

What is its purpose?

When the proper books are selected, students are able to read with approximately 90% accuracy. This enables the students to enjoy the story because there is not an overwhelming amount of "road blocks" that interfere with comprehension. Students focus on the meaning of the story and application of various reading strategies to problem solve when they do hit a road block in their knowledge or reading ability. By providing small groups of students the opportunity to learn various reading strategies with guidance from the teacher, they will possess the skills and knowledge required to read increasingly more difficult texts on their own. Independent reading is the GOAL - guided reading provides the framework to ensure that students are able to apply strategies to make meaning from print.

How do I do it?
Although the approach to guided reading is going to depend somewhat on your class size and grade level, the following suggestions can be used to provide an initial framework.
Students should be divided into small groups (4-6 students). The younger the students the smaller the groups. (Learn more about grouping students).

Guided reading lessons are to be about 15-20 minutes in duration. Appropriately leveled reading materials must be selected for the group and each child should have his/her own copy of the literature. Learn more about reading levels/leveled materials.

Pre-Reading: The teacher establishes a purpose for reading through prediction making, vocabulary introduction, or discussing ideas that will provide the readers with the background knowledge required for the text.

Reading: The teacher observes the students as they read the text softly or silently to themselves. The teacher provides guidance and coaching to individuals based on her/his observations by providing prompts, asking questions, and encouraging attempts at reading strategy application.

Post Reading: The teacher asks questions to ensure that the text has been comprehended by the readers and praises their efforts. Further, the teacher may observe gaps in strategy application and address these gaps following the reading in a mini-lesson format.

What do all the other students do during the guided reading lesson? When you teach guided reading you are busy observing and instructing a small group of students. The other students in your class must be kept engage in a literacy activity while you are with your GR group. To ensure success of guided reading, be prepared to invest time upfront teaching your students the procedures you would like them to follow while you are busy with the GR groups. Once you are certain that the students can follow the procedures THEN focus on actually teaching guided reading.

View a list of possible literacy centers you can use to engage your "other" students in while you spend your time with a GR group.

How can I adapt it?

There are many ways to adapt guided reading to meet the needs of specific learners. Leveled reading materials, personalized spelling lists, multilevel literacy centers, and opportunities for independent projects all contribute to making the program fairly adaptable.

Tips for adapting:

select one grade-level text and one easier than grade level to read each week so that your weaker students have the opportunity to read with greater ease & confidence consider alternative grouping (interest, social, ability) encourage rereading of selections to increase fluency each time selection is read use reading partners, parent volunteers, and care partners to support the struggling readers and challenge the strong readers encourage reading time to provide more practice time establish a parent volunteer reading program (study buddy)
Assessment & Evaluation Considerations To ensure students are grouped and regrouped in the proper instructional groups ongoing observation and assessment is essential.
Four Blocks - Assessment

Downloads - assessment rubrics for reading, spelling, narrative text and more.

Teacher Resources

If you are interested in implementing guided reading into your classroom, please view our teacher resources page for more in-depth information on the guided reading approach. This page also contains links to valuable Web sites and teacher resources.

SHARED READING

An Instructional Strategy for Teachers Grades K–3

The ideas expressed in this work are generalizations and adaptations based on the shared book method developed by Don Holdaway using big books.

Description: Shared Reading is an interactive reading experience that occurs when students
join in or share the reading of a big book or other enlarged text while guided and supported by a teacher or other experienced reader. Students observe an expert reading the text with fluency and expression. The text must be large enough for all the students to see clearly, so they can share in the reading of the text. It is through Shared Reading that the reading process and reading strategies that readers use are demonstrated. In Shared Reading, children participate in reading, learn critical concepts of how print works, get the feel of learning and begin to perceive themselves as readers (Fountas & Pinnell, 1996). Some of the benefits of Shared Reading:
• Allows students to enjoy materials that they may not be able to read on their own.
• Ensures that all students feel successful by providing support to the entire group.
• Students act as though they are reading.
• Helps novice readers learn about the relationship between oral language and
printed language.
• Assists students in learning where to look and/or focus their attention.
• Supports students as they gain awareness of symbols and print conventions, while constructing meaning from text read.
• Assists students in making connections between background knowledge and new information.
• Focuses on and helps develop concepts about print and phonemic connections.
• Helps in teaching frequently used vocabulary.
• Encourages prediction in reading.
• Helps students develop a sense of story and increases comprehension.

P-CHILD
2 TEACH 1


Setting and Resources: A sense of community is developed when the time is taken to arrange
for a small group of students, or when appropriate, the whole class, to gather in an area near a
big book, chart/easel, wall story, or text written on the chalkboard, so that all participants can
easily see the enlarged text and engage in the experience comfortably. Having a few items on
hand during a shared reading will allow the teacher or other experienced reader greater flexibility during the experience. Some items may include:

• A chalk board
• A pointing stick (with a rubber tip for safety when possible)
• File cards
• A post-it
• A highlighter marker

These may be used during a session to reinforce teaching objectives for students. Additional
information on how one might use these resources is available in the section called Shared

Reading Resources.
Types of Reading Materials: Shared Reading provides an excellent opportunity for teachers to model the integrated use of the cueing systems and strategies for reading that can be applied to unfamiliar reading (for more info see Print Literacy K–3 Series). New concepts and strategies are best introduced during Shared Reading before guided practice or independent reading takes place. The shared reading experience also provides the opportunity for the teacher to share different genres, or types of books, with students and familiarize them with some of their text features (Taberski, 2000). Following are examples of the variety of print materials that can be used for Shared Reading:

Shared Reading Process:
A shared reading session may be conducted in many ways, depending on the needs of the students and the teaching objectives determined by the teacher.
Shared reading with strong teacher support and guided reading with less teacher support are two ways the teacher can give students practice and immediate feedback, as they develop the
skills and strategies necessary for successful decoding and comprehension. This section will
provide a brief description of how to conduct a shared reading session. This description will be divided into three reading sections: Before, During, and After reading.

• Big books and lap books (see Appendix B)
• Wall charts/stories
• Poetry
• Chants or legends
• Songs
• Morning message
• Classroom news
• Language experience stories
• Text constructed and used on overhead projector

P-CHILD
3 TEACH 1

Before: In shared reading, the teacher introduces the story, talking about the title, cover, and title page. It is a good time to engage the students in what they see in the cover picture, and what they think it tells them about the story to be read. Do not neglect the back cover of the book, as it often provides an interesting picture clue to what will happen in the story. During the introduction, the teacher conducts a picture walk through the book, briefly pointing out pecific character actions or events, asking probing questions to engage the students in thinking about the pictures and story, but not telling the story.

During: The very first reading is generally for enjoyment. The teacher points to each word as it is read. Students are asked to follow along “with their eyes.” Read the text as naturally as possible, phrased and fluent, though you may choose to slow the pace just a little for students to join in. Model realistic reactions to the text and use appropriate voice intonation. Again, the teacher may pause from time to time asking students to predict a word, phrase or to make predictions about what is happening. During the read, the teacher may ask students to confirm their predictions by asking, “Were you right/correct?” After: After reading, the teacher can take students back to the point of making predictions, whether at the word or story level, and ask how they knew they were right or how they knew if their prediction wasn’t quite correct.
Giving students this chance to talk about their thinking is very powerful and ensures their full participation. The teacher asks open-ended questions and helps students build connections to the text by activating students’ prior knowledge to the theme or main idea of the book. The second and subsequent readings allow for the students to chime in with now familiar words and phrases. In some cases, students and teachers can take turnsreading (e.g., the teacher reads the left side and students read the right side). Other ways to extend the Shared Reading experience can be found in the Extending Shared Reading section.

P-CHILD
4 TEACH 1


Shared Reading Resources:

• The pointer may be used in guiding the reading, pointingto the words as they are read, though it is important thatthe teacher or other experienced reader model reading with phrased fluency. Avoid the tendency to read word by word. In rereading of familiar text, students may be called upon to use the pointer during reading or to point out specific words being studied.

• Highlight with a yellow marker or highlighter pen the repetitive words, repetitive phrases, or frequently occurring words that the students already know. This can be accomplished with the students or prepared ahead of time.

• Have students read the highlighted words or phrases after the second or third reading, while the teacher reads the other words.

• Cover up (Post-It sheets work very well) to mask key portions of the text to focus on vocabulary or specific aspects of print, such as the beginning of a few words that support the learning objective or teaching point.

• The teacher can use a file card, running it over the top of the print as if to push the words (though not too fast), encouraging students to read the words with a faster pace moving away from word by word reading.

P-CHILD
5 TEACH 1

Extending Shared Reading:


• During subsequent rereading of familiar text in the shared reading experience, a teacher may invite students to revisit the enlarged text for different purposes, one of which is to learn about letters or words. This brief attention to the way letters and words work in the construction of a message gives students new insight to bring to their independent reading (Fountas & Pinnell, 1996).

• Displaying the titles of the shared reading books can be very motivational to emergent readers with the caption: “Books We Have Read Together!”

• Once read, the shared reading books may be kept in an area accessible to students for independent and familiar rereading by students.

• Write the story, or a portion of the story, on sentence strips so that students can retell or build the story by putting the strips in order (McCracken & McCracken, 1995).

• Assign students roles by giving them index cards labeled with each character’s name. The students then wear the role tag and act out the story as a creative drama activity (Fisher & Medvic, 2000).

• Have students write a big book that extends from the storyline by predicting what would happen next if the story were to continue.

• Create puppets for role-playing so that students can dramatize and become the characters (Fisher & Medvic, 2000).

• Have the students draw a picture of a favorite scene or character from the story.

• New stories can be created or produced by the students using the same theme or sentence/language pattern of the book that has been
shared.

P-CHILD
6 TEACH 1

References:

Clay, M. M. (1995). Reading recovery: A guidebook for Teachers in Training. Auckland
Fisher, B., & Medvic, E.F. (2000). Perspectives on shared reading: Planning and practice.
Portsmouth, NH: Heinemann.

Fountas, Irene C. and Pinnell, Gay Su. (1996). Guided Reading, Good First Teaching for All
Children. Portsmouth, NH: Heinemann

Lyons, C., Pinnell, G.S. (2001). Systems for Change in Literacy Education: A guide to
professional development, Portsmouth, NH: Heinemann

McCarrier, A., Pinnell, G.S., & Fountas, I. C. (2000). Interactive writing: how language & literacy come together, K-2. Portsmouth, NH: Heinemann

McCracken, M.J., & McCracken, R.A. (1995). Reading, writing, and language (2nd ed.). Winnipeg Manitoba Canada: Peguis.

Mooney, M. (1990). Reading To, With, and By Children. Katonah, NY: Richard C. Owen, Publishers, Inc.

Routman (2000) Conversations. Portsmouth, NH: Heinemann

Ruddell, R.B. (1999). Teaching children to read and write: Becoming an influential teacher (2nd ed.). Needham Heights, MA: Allyn and Bacon.

Taberski, S (2000). On Solid Ground strategies for teaching reading K-3. Portsmouth, NH: Heinemann

Weaver, C. (1994). Reading Process and Practice. Portsmouth, NH: Heinemann

Wednesday, March 25, 2009

PENGURUSAN MASA

PENGURUSAN MASA

Kepentingan Masa

Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksudnya:
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"

Pembahagian Masa
Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,Vsebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.
Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Bersedialah
Masa hidup sebelum mati
Masa sihat sebelum sakit
Masa muda sebelum tua
Masa kaya sebelum miskin
Masa senang sebelum susah
Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang akan menempuh alam peperiksaan. Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir. Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang.

Faktor-Faktor Pengurusan masa.
Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Misalnya:
keluarga, rakan-rakan, aktiviti yang tidak berfaedah, pengaruh media massa, dan sikap.

Cara mengurus masa

Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:
senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.
susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
Jika berjaya dalam sehari, cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.

Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin,sudah pasti para pelajar dapat menggunakan masa dengan baik.

Contoh Jadual aktiviti

Masa Senarai Aktiviti

0500-0530 pagi sembahyang subuh
0530-0630 pagi bersedia untuk ke sekolah
0630-12.30 t/hari belajar di sekolah
12.30-0100 petang sembahyang,makan,rehat
0100-0400 petang menyelesaikan kerja rumah
0400-0530 petang riadah ringan
0530-0630 petang mandi,sembahyang, makan
0700-800 malam ulang kaji pelajaran yang baru dipelajari
0800-0830 malam melihat berita tv
0830-1000 malam ulang kaji
1000-1100 malam persediaan pelajaran esok
1100-0500 pagi tidur

Tuesday, March 17, 2009

PPSMI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)
By
Dr. Mahathir Mohamad
on March 13, 2009 6:48 PM
1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.
4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.
5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.
7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.
8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.
9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;• Oxygenation• Oxidation• Oxide• Oxidants• Deoxydation• Oxidise• Oxidification• Dioxide• Monoxide• Peroxide
10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.
11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.
12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.
13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah. 14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?
15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.
16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.
17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?
18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.
19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?
20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?
21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.
22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.
23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.
24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.
25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.
26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

Thursday, March 12, 2009

KATA PUJANGGA

“Orang yang tabah tidak suka meratap atau mengeluh. Orang-orang seperti itu memiliki ciri-ciri untuk berjaya.”

Wednesday, March 4, 2009

DEVIASI DALAM PENGURUSAN PIBG

Setelah bertugas sebagai seorang guru hampir 16 tahun, rasanya inilah pengalaman baru yang yang ingin dikongsi bersama-sama khalayak pembaca. Apatah tidaknya pada sambutan Hari Guru yang jatuhnya pada 15 Mei setiap tahun, tahun 2007bberlaku suatu deviasi dalam sambutan hari guru yang dikendalikan oleh PIBG sebuah sekolah di Semenanjung. Sambutan ini agak luar biasa, pabila sahaja PIBG yang mengelolakan sambutan tersebut yang acap kalinya guru-guru sendiri yang merancang, mengurus, dan mengelolakan sambutan seperti ini dilakukan oleh PIBG. Justeru, penghargaan yang amat luar biasa ini semacam jasa dan pengorbanan kita begitu dihargai oleh ibu bapa. Walaupun pada hakikatnya kita tidak minta dihargai atas tanggungjawab yang diberikan kepada anak-anak didik, tetapi kelainan ini semacam adanya pengiktirafan daripada ibu bapa terhadap tugas yang dilakukan selama ini. Sesuatu yang saya fikir luar biasa ialah Jawatankuasa Pengelola yang mengendalikan majlis tersebut adalah dari kalangan ibu bapa sendiri tanpa melibatkan guru-guru. Acara yang dianggap grant ini, oleh sebab diadakan di sebuah hotel berbintang, benar-benar mengujakan dan menimbulkan rasa kesedaran dalam diri bahawa kita dihargai sebagai seorang guru. Saya masih tertanya-tanya, bilakah agaknya budaya ini akan terdetik dalam jiwa PIBG di tempat sendiri?

Tuesday, March 3, 2009

KESIAPSIAGAAN DIRI

Kesibukan di IPGM ketika ini membuatkan diri begitu perkasa dan matang dalam aspek mengurus dan mengendalikan diri. Berkejar-kejar rasanya ke sana ke mari melengkapkan diri dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Dengan tugas kesukanan, penyeliaan praktikum, di samping persediaan p&p di kelas, malah tugas-tugas pengauditan MS-ISO 2001, menyebabkan diri bekerja keras menyiapkan keperluan tersebut. Justeru menyiapkan keperluan tersebut menjadikan diri berada dalam kesiapsiagaan setiap masa. Keberadaan ini bukanlah retorik tetapi tuntutan yang perlu dilaksanakan menerusi perancangan yang rapi.

Thursday, February 19, 2009

BUDAYA ANGGUK ORANG KITA

Sejak akhir-akhir ini, orang kita begitu gemar menghantar anak-anak mereka ke SJKC ekoran tersebarnya berita bahawa budaya mengajar orang Cina amat baik sekali. Orang kita menyedari kelemahan diri dan mengakui kehebatan orang lain lantaran sikap rajin mereka dan sikap malas diri. Silapnya orang kita membiarkan prejudis itu bersarang dalam diri tanpa berusaha merobah sikap mencontohi orang Cina yang rajin. Orang kita sedar bahawa orang Cina rajin menyediakan bahan bantu mengajar. Orang kita juga sedar bahawa orang Cina rajin menyediakan dan memeriksa kerja rumah anak-anak didik mereka. Orang kita juga sedar bahawa buku kerja dan gambar-gambar dalam buku kerja yang ori dan bukannya fotostatnya dapat membantu anak-anak dalam pelajaran. Silapnya sekali lagi orang kita tidak mahu membuat transformasi diri dengan hanya melihat bulan turun ke riba. Kita berharap ada perobahan sikap orang kita yang cerdik-cerdik ini, kerana kata orang bijaksana “Orang berilmu yang menyedari kelemahan diri tanpa berusaha merobahnya adalah tidak berilmu.”

700pm
19022009

Saturday, February 14, 2009

UNSUR MODENISASI DALAM BUDAYA ORANG KAMPUNG

Peranan Guru dalam Menerapkan Unsur Modenisasi

Hadirnya saya dalam satu majlis Kejohanan OlahragaTahunan (KOT) di sebuah sekolah pada hari ini (walaupun tanpa diundang) bukanlah semata-mata untuk mencari kesalahan majlis tersebut, tetapi sekadar memberi pendedahan kepada anak saya tentang suasana sebenar sukan di sekolah; yang saya beranggapan pendekatan demikian merupakan satu bentuk pendidikan secara tidak langsung kepada anak-anak tentang sesuatu untuk memperkembang sosiolisasi mereka.

Namun daripada pemerhatian saya, ada beberapa aspek yang perlu diberi perhatian dan penambahbaikan dalam penganjuran KOT yang nampak gah dan meriah apatah lagi yang dirasmikan oleh Yang Berhormat, dalam menerapkan unsur modenisasi dalam budaya orang kampung.

1. Persembahan KOT perlu melibatkan pelajar dan bukannya wakil PIBG.

2. Bentuk persembahan perlu bersesuaian dengan majlis; persembahan KOT sewajarnya berbentuk pergerakan psikomotor pelajar, seperti aerobek, aerodinamik dan seumpamanya.

3. Tarian Igal-igal oleh PIBG agak tidak relevan dengan majlis kerana persembahan bentuk ini untuk majlis-majlis rasmi yang lain atau majlis kesenian. Kita nak melatih pelajar dan bukannya PIBG.

4. Tumpuan harus diberi kepada acara kejohanan olahraga berbanding acara lintas hormat perbarisan kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.

5. Aspek kawalan disiplin padang perlu dibaiki. Pelajar yang tidak terlibat dengan acara seharusnya tidak dibenarkan masuk padang.

6. Pegawai teknikal olahraga, seperti hakim balapan, dan refri padang perlu diberi penekanan yang serius, dan guru-guru yang terlatih perlu memainkan peranan yang penting.

7. Juruacara perlu berkeyakinan dan lancar mengendalikan majlis malah perlu berusaha untuk mengurangan kesalahan pengucapan seperti tersekat-sekat, atau tersasul dalam menyebut sesuatu.

8. Memastikan penerima hadiah terlebih dahulu berada di petak penerima hadiah sebelum memanggil VIP untuk menyampaikan hadiah.

9. Elakkan memanggil tetamu kehormat menyampaikan hadiah secara berulang-ulang, memadai untuk acara penting, utama, atau acara kemuncak seperti olahragawan, olahragawati atau kontinjen terbaik sahaja.

10. Memastikan atlet memakai kasut, dan mengetepikan andaian bahawa pelajar tidak biasa memakai kasut ketika berlari di balapan. Ambil sahaja kasut yang dibekalkan oleh kerajaan Negeri Sabah (kasut KOSAN) untuk keperluan atlet.

11. Memastikan atlet memakai t-shirt sukan yang seragam mengikut rumah sukan untuk mewujudkan budaya KOT, semangat rumah sukan dan kesungguhan jurulatih, malah bagi menyemai transformasi dalam diri pelajar dengan memancung budaya jumud yang agak kekampungan.

Mohon maaf dan renungkanlah!

13.09. 2009

Thursday, February 12, 2009

SIPADAN

Tak terbayangkanlah lagi wajahmu Sipadan
Yang menjadi rebutan pemerintah alam
Tak ternilaikan lagi hargamu Sipadan
Yang menjadi pembicaraan tuan hakim

Di The Hague Belanda namamu dijulang
Dijaja diperdagang sekalian cendekiawan
Diulas-sebut dihujah-debat berulang-ulang
Untuk menemui makna kebenaran

Sipadan namamu dikunyah di bibir
Dihancur lumat masih tak lekang
Namamu Sipadan indah terukir
Lambang kejayaan tanah hulubalang

Sipadan arus kolekmu jernih membiru
Jernih hatimu bak sejernih hati para nabi
Ikan kolekmu tulus setulus mahaguru
Isi lautmu jujur sejujur pewaris nabi

Di dadamulah bicara kekuasaan
Di dadamulah petah kekayaan
Di muaramulah nikmat ciptaan
Di muaramulah erti kesyukuran

Sipadan kaulah lambang kebesaran
Sujud syukur untuk mengenal
Sipadan kaulah mutiara kedamaian
Segala kesempurnaan terpapar kekal.


29.01.2009
1204am

SEPUTIH KASIH

SEPUTIH KASIH
Oleh : Abdul Nasir Paisal

AIN merenung jauh dalam-dalam pada dirinya, setelah sekian lama menjejaki pulau bahagia itu, pulau yang meninggalkan seribu kenangan, pulau yang mencedok erti dalam memoir dirinya, pulau yang nyaman-tenang, damai-bahagia, syurga-duniawi hamparan damai rindunya. Pada pulau bahagia yang tenang itu, masih diingatinya kelopak rindu dan kuntuman kasih bahagia yang berputik suatu waktu dahulu.

“Boleh saya duduk”, kata dan bicara yang ringkas keluar dari mulut Ain secara jujur, bertanya kepada pemuda, sekira-kiranya setampan pemuda impian yang terbaca dalam Sirah Para Nabi. Namun, dirinya terasa amat lantaran kata-katanya yang tidak bersambut daripada pemuda itu.

Sambil membelek-belek buku di khazanah kebanggaan itu, fikirannya agak kacau. Tak keruan dengan membelek-belek beberapa helaian buku, Ain bingkas untuk mententeramkan dirinya yang sedikit kemalu-maluan. Beralih ke suatu sudut yang diingat-ingatnya menyemai bibit kasih dan meruntum rasa bahagia pada dirinya.

Bertemulah Ain dengan kekasih hatinya yang dicari-cari. Impian dan igauan selama ini, dengan pemuda seperti yang dibayangkan bertubuh sasa, tegap dan berkarisma. Malah potongan badan yang memenuhi citarasanya itu berilmu, berpendidikan, penyayang di samping bertanggungjawab. Namun dirinya tidak berdaya untuk memulakan apatah lagi dirinya hanya seorang perempuan yang entah sesuai, malah berada di awang-awangan waktu.

“Maaf ya bang, nak pinjam buku ni, boleh!” Ain memulakan bicaranya mencungkil-cungkil manalah tau dapat berhubung dengan jejaka tersebut.

“Oh ya dik, ni dia bukunya!” Dengan lembut dan mesra, malah senyuman pemuda yang dilemparkan benar-benar mencuri hati kecilnya.

“Baik buku ni dik, adik baca dan fahamilah buku ni. Abang boleh bantu kalau adik sudi dan tak faham” Diri Ain teruja dengan kata-kata itu, malah sejuk-dingin terasa terhadap tingkah pemuda yang menarik perhatiannya itu.

“Terima kasihlah ya bang!” Sepatah kata Ain, malu, tetapi kata yang amat bermakna dalam membina erti sebuah kasih. Ain beredar lalu, tetapi agak puas, berlalu pergi dengan sebuah harapan akan ada titik-temu antara mereka. Walau antara mereka ada batas-batas dan garis pemisah.

Di kampung Ain bercerita dengan rakannya Ana. Ana gadis molek, cantik dan peramah, lembut bahasanya. Ana yang khatam belajar agama tertib dalam mengatur tutur-katanya, sopan malah baik hati, kawan dan sahabat baik untuk dirinya. Sekampung, saudara dan temannya berkongsi masalah kerana Ana lah yang boleh menyimpan segala rahsia hatinya. Apatah lagi kisah dirinya, tidaklah baik untuk diribut-ributkan untuk dikongsi dengan orang lain. Agaknya Ain nak perkara itu “Biarlah Rahsia”.

“Dia tu membimbing kita ke jalan benar, ”. Ana berkongsi pendapatnya dengan Ain.

“Aku kan, rasa terpegun dan teruja dengannya”. Jelas Ain dengan jujur.

“Kira-kira kan aku ni nak lebih kenal lagi dengannya. Dia tu kan beri petunjuk, mendidik, dan mengajar yang hak dan benar!” Ain memperteguh pendapatnya kepada Ana yang diketahuinya rakan yang boleh berkongsi masalah itu.

“Ain belajarlah dulu, nak lebih tahu dan untuk kenalnya tu perlu banyak bertanya dengan orang lain, yang lebih tahu. Baguslah dah belajar di situ, berdampinglah dengannya”. Bisik Ana dengan ikhlas kepada Ain.

“Tapi aku ni, pemalulah. Bab nak tanya-tanya orang ni payahlah!” Jawab Ain kepada Ana yang sedia mendengar penjelasan daripada sahabat setianya itu.

“Tak boleh macam tu Ain, kalau nak tahu kena tanya, orang kata malu bertanya sesat jalan”.

“Dah solatkah Ain?” Pertanyaan Ummi yang menyentakkan lamunan dan mengganggu bisikan rindunya. Lidah Ain terasa kelu. Mata Ain tergenang basahan air mata, meleleh berarak meninggalkan tuan. Tak tertahan lagi gelojak api cintanya itu, rindu redam tak tertahankan.

“Tak lagi Ummi.” Sapa Ain tak bermaya. Mahu hendaknya dikhabarkan gelojak diri, tetapi malu masih menguasai diri.

“Kasihku untuknya tak terperikan lagi. Hanya dikau yang kupuja. Kaulah penerang kekaburan, kekalutan dan pandangan ini”, bisik Ain dalam pelukan kerinduan yang hangat mengintai ruang kekosongan hatinya itu.

Walaupun antara mereka dipisahkan oleh hayat waktu, barangkali tak termungkinkan bertemu, harapan masih ditunggu-tunggukannya lantaran kasihnya yang dah mula terpaut, malah emosi yang kian panas membara itu tak elok untuk dinyahkan, disumbat dan dikuburkan dalam diam-diam.

Inilah yang bertimpa pada dirinya. Sejak sepetang mendengar tazkirah Maulana Jalaludin itu di Masjid Ikhwaniah, semakin mahunya untuk menjejaki kekasih hati itu melebar luas hatta apa juga aral yang bakal melintang akan digagahi.
Teringat-ingat oleh Ain baris nasyid yang menjadi pilihan hatinya.

“Nabi Muhammad Rasul Pilihan Utusan Tuhan…”

Di kampung Ain membelek kembali nostalgia semalaman yang mengimbau dan mengusik kenangan rindunya lewat usia belasan tahun, usia yang sepertinya semalaman baru berlalu, bertatih untuk pergi dengan restu Ain yang menyimpan memoir dalam koceknya erat-erat.

Air mata bergenangan kembali membasahi permaidani mukanya; tanpa sedar genangan sejuk seikhlas Siti Aisyah berkunjung tanpa diundang, bingkas kembali di kotak fikirnya, walaukan kenangan itu sepuluh tahun telah ditinggalkan lewat pemergiannya menyambung pengajian di tanah seberang sehangat semalam.

Di Pulau bahagia, kampung halamannya itulah Ain mula mengenal erti rasa; kasih dan cintanya. Telah mula tahu apa ertinya nilai sayang dan rindu. Diri Ain mula berasakan erti cinta yang indah dan menjadi impian gadis kampungan sepertinya yang menunggu lamaran atau bisik-bisikan orang untuk disunting malah dituai buahnya.
Walaupun Ain bersyukur kembali ke pulau bahagia itu sejak sekian lama, namun nostalgia sepuluh tahun yang bersarang kembali dalam dirinya adalah umpama hempasan ombak di pantai tidak bersimpati untuk memanggil-mangil pepasir di pantai mendekatkan dirinya ke lautan, yang mula terhakis malah kian menjauh dari kocakan air dan deruan ombak.

Hati Ain tidak seperti dulu lagi, hati Ain sepertinya terpinggir. Hati Ain bukanlah keras kerana berada di seberang kononnya di kota metropolitan, dewasa oleh kematangan, matang oleh bicara guru mahupun para ilmuan dan cendekiawan. Hati Ain umpamanya tergores oleh mata pisau yang tajam, pedih dan memilukan. Kesakitannya amat mendalam, bisanya terasa, pedihnya bak sembilu yang menusuk-nusuk seterunya.

Seputih kasihnya dulu kini kelam. Kelamnya bukan kerana lunturnya keikhlasan atau kerana punahnya kesetiaan; bukan juga kerana bibit asmara pernah disemai, atau hubungan kasih yang tak termetrai, malah kata janji tak terlafazkan; yang ironinya kasihnya tak berkesempatan mengetuk pintu hati jejaka idaman hati.

Sesalannya tinggi menggunung, rendahlah lagi Gunung Kinabalu jika terbandingkan harapannya yang tinggi, sesalannya tidak berguna lagi lantaran pucuk yang dicita-citanya bukannya ulam lagi yang mendatang. Harapannya kini hancur berderai untuk menimang cahaya mata jejaka idaman hati.

Mula timbul penyesalan dalam dirinya. “Bodohkah aku ini, walau kan semua tahu akulah pemegang kepujian kelas satu di menara gading!”. Suara-suara yang kedengaran di balik garis-garis penyesalan diri Ain.

“Mengapa harus aku rumuskan perjalanan kasih dan cintaku dengan kegagalan?” Desingan keluhan yang bertapak di jiwa Ain. “Apakah tiada jalan penyudah atas kegagalanku ini? Monolog yang berulang kembali bermain-main di mindanya.

Manakan mungkin Ain dapat menerima takdir seumpama itu, takdir yang terpampang di depan matanya; dimengertikannya sebagai permainan dan lukisan dunia dan seperti bukan rencana alam walaupun hakikatnya demikian lantaran lembut tuturnya Ana yang menjadi teman bicara, kawan berseloka, teman sepermainan meruntuhkan impiannya, mengambil seputih kasihnya dari jejaka impiannya sewaktu dahulu. Ana mengabadikan cintanya di sebalik kebahagian yang ingin dikecapinya. Sahlah dirinya umpama yang pipih melayang yang dikendung berciciran tak berkesudahan mengharapkan sesuatu yang tak pasti.


Apakah ada ketulusan di sebalik kesediaan Ana berkongsi kasih dengannya? Wajarkah dirinya berkongsi kasih hanya menunaikan mimpi indah suatu waktu dahulu? Bijaknya Ain terperangkap oleh emosi yang mengusik-usik kalbunya.

05.02.2009
1155pm