Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Bersempena hari lahir sambutan hari guru kali ini,sebagai golongan pendidik kita perlu menilai kembali peranan dan tugas-tugas yang sewajarnya dilaksanakan agar fungsi kita sebagai role model kepada masyarakat masih relevan. Justeru kewajaran menyemak kembali beberapa perkara yang menjadi perkara penting dalam pengajaran adalah perlu:

1. Ilmu mahupun pengetahuan bidang yang diajar.
2. Daya kreativiti dan inovasi dalam P&P.
3. Pengurusan masa yang sistematik.
4. Perancangan dan tindakan yang afektif.
5. Konsistensi pengurusan diri dari aspek dokumentasi, perfailan, penilaian, dan tindakan susulan.
5. Produk yang berkualiti.
6. Kesungguhan untuk membuat penambahbaikan diri dari semasa ke semasa.

Dengan itu, mudah-mudahan peranan kita sebagai seorang guru akan lebih berkesan sebagaimana kata-kata berikut yang saya petik daripada seorang rakan:

""Jadilah seorang guru yang hadirnya d TUNGGU, Hilangnya d RINDU, Ilmunya d BURU, Nasihatnya d SERU, Tingkahlakunya d TIRU...."GURU PEMBINA NEGARA BANGSA...SELAMAT HARI GURU 2010... Bersama kita Gemilangkannya..."